domainname: https://www.mydigitalkontraktor.com.my
About Us
METRO
METRO NURI SDN BHD adalah sebuah Syarikat Sendirian Berhad dan merupakan syarikat milik penuh bumiputera. Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12hb Jun 1996. METRO NURI SDN BHD telah mengorak langkah sebagai sebuah syarikat pemaju perumahan dan kontraktor pada 2010. Projek perumahan METRO NURI SDN BHD di lokasi tapak pembangunan strategik dengan keluasan kumulatif berjumlah 32.5 ekar. Nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM128,921,820.00 dan jumlah unit rumah/ pemilikan hartanah sebanyak 400 unit. Hartanah yang dibangunkan juga adalah melalui Perjanjian Jual Beli/ Usahasama dengan pemilik tanah persendirian. Pihak kami amat mengalu-alukan cadangan pembangunan hartanah secara usahasama di lokasi berpotensi bersama Pemilik Tanah dan Badan Kerajaan. METRO NURI SDN BHD sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bagi meluaskan lagi lokasi projek dalam usaha menjadi sebuah Syarikat Pemaju Hartanah Bumiputera yang berdaya maju dan menyediakan hartanah yang berkualiti dengan harga berpatutan. Ini sejajar dengan hasrat pemimpin dalam menyediakan kediaman selesa seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Our Vision
Menawarkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang di antara pekerja dengan menanam rasa tanggungjawab dan komitmen yang tinggi dalam mencapai kejayaan bersama.
Our Mission
Menjadi sebuah Syarikat Pemaju Hartanah yang berdaya maju dan menyokong pembangunan ekonomi negara. Menjadi sebuah Syarikat Pemaju Hartanah yang berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Merealisasikan Islam dalam perniagaan di mana disuruh umatnya sentiasa berusaha, tekun, jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka di dunia dan akhirat.
Our Goal Objective
i) Perancangan yang sistematik, ii) Pengawalan kos dan jaminan kualiti, iii) Reka bentuk kediaman selari dengan permintaan dan peredaran zaman
CIDB Category
Grade 7 - Building
B04 (Kerja-kerja pembinaan bangunan)
Grade 7 - Civil Engineering
CE01 (Pembinaan jalan dan pavemen)
CE14 (Landskap diluar bangunan)
CE21 (Pembinaan kejuruteraan awam)
Grade 7 - Mechanical & Electrical Engineering
M15 (Kelengkapan mekanikal pelbagai)